HomeUtamaPRU15: Joniston akan pastikan Parlimen Tuaran berada dalam Kerajaan GRS-BN

PRU15: Joniston akan pastikan Parlimen Tuaran berada dalam Kerajaan GRS-BN

Read Time:1 Minute, 51 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Calon Gabungan Rakyat Sabah – Barisan Nasional (GRS-BN) Datuk Joniston Bangkuai akan memastikan kemenangan dicapai di Parlimen Tuaran pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

“Saya memang tidak menjangka, saya merasa terharu dengan peluang yang diberikan, ini adalah satu tanggungjawab yang berat, ini bukan satu keistimewaan tetapi ini satu tanggungjawab yang amat berat yang saya harus pikul.

“Sebagai calon untuk kerusi Parlimen Tuaran, saya akan pastikan Parlimen Tuaran ini kita akan capai kemenangan sekali gus berada dalam Kerajaan GRS-BN,” katanya kepada Sabah Media selepas Majlis Pengumuman Calon GRS – BN di sini pada Rabu.

Katanya, beliau bertuah kerana Ketua Menteri yang juga Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman turut berada di kawasan Parlimen Tuaran bagi membantu memastikan kemenangan dicapai di situ.

“Kita bertuah kerana Yang Amat Berhormat (YAB) Ketua Menteri bersama dengan kita dan kita akan pastikan akan melakukan yang terbaik untuk kerusi Parlimen Tuaran, bukan sahaja untuk Parti Bersatu Sabah (PBS) tetapi juga kepada YAB Ketua Menteri serta GRS keseluruhannya untuk menunjukkan kerjasama di kalangan parti komponen GRS itu amat akrab sekali.

“Oleh itu, kita mesti bekerja sebagai satu pasukan, dengan semangat berpasukan ini, kita boleh bekerjasama dan kita akan mencapai serta memperoleh kemenangan,” tegas Joniston yang juga Ketua Penerangan PBS.

Joniston yang juga ADUN Kiulu turut menasihatkan kepada pengundi-pengundi kawasan Parlimen Tuaran supaya bijak semasa melaksanakan tanggungjawab di hari pengundian nanti.

” Jadilah pengundi yang bijak, nilailah calon yang bertanding itu dari segi integritinya, kerja kerasnya dan keupayaan untuk bekerjasama kepada parti-parti yang lain.

“Kita di Tuaran ini seperti yang kita tahu, Kiulu dan Tamparuli dikuasai oleh PBS yang juga merupakan komponen GRS dan Sulaman itu YAB Ketua Menteri sendiri menjadi ADUN juga Pengerusi GRS manakala Pantai Dalit itu UMNO, maknanya kawasan itu semua dalam Kerajaan Negeri Sabah, maka kita mesti tunjukkan kerjasama padu di kalangan kita untuk memastikan bahawa Tuaran itu juga akan berada dalam kerajaan, itulah semangat yang kita ada,” tegasnya.

Parlimen Tuaran terdiri daripada Dewan Undangan Negeri Tamparuli, Sulaman, Kiulu dan Pantai Dalit.

Sementara itu, penyandang kerusi Parlimen Tuaran adalah Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau. UPKO merupakan parti komponen Pakatan Harapan (PH).

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular