HomePolitikPRU15 : Mohamaddin umum tidak pertahan kerusi Parlimen Lahad Datu

PRU15 : Mohamaddin umum tidak pertahan kerusi Parlimen Lahad Datu

Read Time:1 Minute, 12 Second

Oleh NUR ISTIQOMAH

LAHAD DATU: Penyandang kerusi Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi mengumumkan untuk tidak mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Mohamaddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negei (ADUN) Segama sebelum ini pernah menyatakan kesediaan beliau untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu atas tiket Parti Warisan (Warisan).

Katanya, keputusan yang dibuat itu adalah selepas mempertimbangkan beberapa perkara termasuk keadaan politik yang tidak stabil.

“Sebelum ini saya pernah menyatakan kesediaan saya untuk bertanding seterusnya mempertahankan kerusi yang saya menangi pada PRU14 yang lalu di Parlimen Lahad Datu.

“Namun begitu, saya juga mempertimbangkan beberapa sudut pandang seperti isu-isu politik semasa yang terus bergolak tidak kira dimana pihak sekalipun menyebabkan rakyat bertambah letih dan jemu,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Katanya, situasi negara kini bukan hanya memerlukan kestabilan politik malah perlu melaksanakan ‘The Great Reset’.

Justeru itu, beliau berpendirian untuk tidak bertanding pada pilihan raya kali ini selepas meneliti setiap aspek berdasarkan pertimbangan dan cadangan dari pelbagai pihak.

Namun begitu, beliau kekal selaku ADUN Segama dan akan meneruskan khidmat beliau.

“Namun, khidmat saya selaku wakil rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama akan terus saya laksanakan demi mandat rakyat ini sehingga berakhir,” katanya.

Pada PRU14 yang lalu, Mohamaddin berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datu Nasrun Datu Mansur; calon PAS Ramli Pataruddin dan calon Parti Harapan Rakyat Sabah Siti Shazianti Ajak dengan majoriti 6,401 undi.

RELATED ARTICLES
Utama

China kekal sebagai rakan perniagaan penting Sabah

Mahkamah Kota Kinabalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular