HomePolitikPRU15 : Pertembungan enam penjuru di tujuh kerusi Parlimen di Sabah

PRU15 : Pertembungan enam penjuru di tujuh kerusi Parlimen di Sabah

Read Time:57 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak tujuh kerusi Parlimen di Sabah menyaksikan pertembungan enam penjuru dalam persaingan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Antara kerusi yang menyaksikan pertembungan sengit enam penjuru adalah di Parlimen Kota Marudu; Tuaran; Papar; Beaufort; Libaran; Sandakan dan Tawau.

Selain enam penjuru, pilihan raya kali ini turut menyaksikan persaingan lima penjuru di 10 buah kerusi Parlimen di negeri ini.

Ia termasuklah di kerusi Parlimen Kudat; Sepanggar; Kota Kinabalu; Kimanis; Ranau; Pensiangan; Beluran; Kalabakan; Tenom dan Batu Sapi.

Bagaimanapun proses penamaan calon bagi kerusi Parlimen Tenom berlaku sedikit kekecohan apabila calon Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Datuk Peter Anthony ditolak pencalonan.

Namun tindakan pantas pihak penguatkuasa berjaya meredakan keadaan bagi meleraikan para penyokong parti KDM yang memasuki kawasan penamaan calon.

Pilihan raya kali ini turut menyaksikan pertembungan empat penjuru di Parlimen Putatan; Penampang; Keningau dan Semporna.

Tiga lagi Parlimen menyaksikan pertandingan tiga penjuru iaitu di Kota Belud; Sipitang dan Lahad Datu.

Hanya satu sahaja kerusi Parlimen yang menyaksikan pertembungan satu lawan satu yang berlaku di Kinabatangan.

Kerusi itu menyaksikan penyandang yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin hanya dicabar calon Parti Warisan (WARISAN), Mazliwati Abdul Malek.

RELATED ARTICLES
Utama

Bersatu dalam meraikan kepelbagaian dan kepercayaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular