HomeUtamaKerajaan stabil jamin pelaksanaan dasar efektif - Shahelmey

Kerajaan stabil jamin pelaksanaan dasar efektif – Shahelmey

Read Time:1 Minute, 13 Second

PUTATAN: Parti yang mampu menjamin kepada pelaksanaan dasar kerajaan yang efektif perlu diberi peluang untuk mentadbir negara ini.

Calon Barusan Nasional (BN) Parlimen P.173 Putatan, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, parti BN mempunyai trek rekod yang menjaga kebajikan rakyat selain pelaksanaan polisi serta dasar membangunkan ekonomi negara secara mapan.

Beliau berkata, pendekatan parti lain termasuk Pakatan Harapan (PH) yang dilihat hanya bersifat retorik dan bukan benar-benar memperjuangkan hak rakyat perlu difikirkan sewajarnya untuk tidak berulang sekali lagi.

“Telah terbukti BN mempunyai trek rekod sebagai pentabdir kerajaan yang efisyen dan stabil dengan dasar-dasarnya membantu rakyat.

“Kita telah melalui sejarah hitam apabila kita telah diperintah oleh PH, mereka sesuka hati mengubah janji mereka dengan seperti berkata manifesto bukan kitab suci dan bermacam-macam lagi isu menyusahkan rakyat, “katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ceramah kempennya di Markas Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pasir Putih, Putatan hari ini.

Hadir sama adalah Ketua Bahagian UMNO Putatan, Jeffrey Noor.

Sementara itu, Jeffrey dalam program yang sama menyeru pengundi di Putatan supaya memilih Shahelmey sebagai calon BN dalam menjayakan aspirasi Putatan.

” 71.5 peratus di Putatan ini terdiri daripada pengundi Bumiputera Islam dan kita di Putatan sudah lama meminta kerusi ini diberikan calon UMNO.

“Seperti mana yang kita maklum sekarang, banyak janji-janji ditaburkan oleh pihak parti lain seperti PH dan Warisan tetapi hakikatnya, penyampaiannya hanya palsu dan retorik, “katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan bertungkus lumus mengerahkan jentera BN dalam memastikan kemenangan Shahelmey di Parlimen Putatan.

RELATED ARTICLES
Utama

Tindakan tegas individu, syarikat gagal selesaikan tunggakan bayar cukai, kompaun –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya