HomeUtamaPRU15: Insiden kecoh di Tenom, Peter ditahan

PRU15: Insiden kecoh di Tenom, Peter ditahan

Read Time:45 Second

KOTA KINABALU: Polis menahan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Peter Anthony untuk membantu siasatan berkaitan insiden kekecohan semasa penamaan calon di P.181 Tenom semalam (5 Nov).

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, tangkapan Peter susulan daripada insiden kekecohan di Pusat Penamaan Calon Tenom dan satu laporan polis telah diterima pada tarikh yang sama.

Katanya, pihak Polis telah menjalankan siasatan dan kertas siasatan dibuka di bawah seksyen 24A (2) Akta Pilihanraya 1954 / Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

“Siasatan lanjut pihak Polis seterusnya membawa kepada tangkapan Presiden KDM Datuk Peter Anthony pada jam 12 tengah malam tadi di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Balai Karamunsing, Kota Kinabalu bagi membantu siasatan pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Idris, siasatan dan dokumentasi polis berjalan dengan lancar dan Datuk Peter Anthony diberikan jaminan polis dan dibebaskan pada awal pagi tadi (6 Nov).

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya