HomePolitikPRU15 : Mulakan kempen dengan momentum positif: Raime

PRU15 : Mulakan kempen dengan momentum positif: Raime

Read Time:57 Second

KOTA KINABALU: Semua calon Barisan Nasioanl (BN) di negeri ini diminta memulakan momentum kempen hari pertama dengan penuh efisyen bagi merealisasikan inspirasi menawan Putrajaya.

Ketua Penerangan BN Sabah, Datuk Raime Unggi berkata, gerak kerja perlu dilaksanakan dengan jitu dan tersusun dalam usaha memenangkan calon yang bertanding.

Dalam masa sama katanya, calon dan jentera BN juga diseru memulakan kempen pada hari ini dengan berhemah dan mematuhi syarat ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Bersempena kempen hari pertama, kami di Penerangan BN Sabah mengucapkan selamat berkempen.

“Tetapkan momentum untuk tingkatkan semangat semua jentera bagi memenangkan calon BN yang bertanding kerana PRU-15 ini merupakan pilihan raya yang getir dan perlu dimenangi dalam usaha kita menawan Putrajaya selepas tarikh mengundi 19 November nanti, “katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

Sementara itu, Raime berkata, setakat ini, kesemua pergerakan jadual calon dan aktiviti kempen berjalan dengan lancar.

“Kami akan menyelaras dengan sebaik mungkin pergerakan jadual kempen calon-calon BN yag bertanding dan pemakluman akan dibuat dari semasa ke semasa.

“Tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku dan pihak Penerangan BN negeri sentiasa memantau sebarang perkembangan untuk dimaklumkan kepada awam, ” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya