HomePolitikPRU15 : Saya akan cuba sedaya upaya perjuangkan isu rakyat di Parlimen...

PRU15 : Saya akan cuba sedaya upaya perjuangkan isu rakyat di Parlimen Sepanggar – Yakub

Read Time:1 Minute, 41 Second

KOTA KINABALU: Beberapa isu yang sering menjadi masalah kepada penduduk di kawasan Parlimen Sepanggar sebelum ini akan diperjuangkan oleh calon Barisan Nasional (BN) Datuk Yakub Khan jika diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau menyedari penduduk di kawasan berkenaan amat terkesan dengan beberapa masalah khususnya air dan perhubungan jalan raya.

“Saya menyedari masalah-masalah di Parlimen Sepanggar ini khususnya masalah air.  Kita sedari bahawa ia bukan kelemahan kerajaan pada ketika ini tetapi kegagalan kerajaan terdahulu yang gagal menyediakan bekalan air dari masa ke semasa.

“Sebelum ini saya bersama Ketua Menteri (Datuk Seri Hajiji Noor) telah melawat sendiri loji rawatan di Telibong 1 dan kita diberi taklimat bahawa memang wujud ‘demand and supply’ kita tidak seimbang.

“Ditambah lagi dengan kegiatan mencuri air serta kewujudan setingganyang menjadikan penduduk tidak dapat menerima bekalan air secara betul.  Kita tahu air ini adalah keperluan hidup,” katanya kepada Sabah Media di sini.

Yakub berkata, perhubungan jalan raya yang rosak di beberapa kawasan sekitar Parlimen Sepanggar juga menjadi  antara rungutan para pengguna jalan raya.

“Isu jalan raya ini sebenarnya sengaja di gembar-gemburkan oleh pihak tidak bertanggungjawab sedangkan kita sendiri dapat melihat yang mana jalan raya di kawasan Sepanggar ini dalam pembinaan jajaran Pan Borneo.  Sudah tentu akan menghadapi beberapa kesulitan.

“InsyaAllah dalam tahun depan saya difahamkan jalan-jalan ini akan siap sepenuhnya dan saya yakin dan percaya kesesakan jalan raya dan kerosaka ini tidak akan berlaku lagi di kawasan kita,” katanya.

Katanya, para pelabur akan lebih yakin kepada negara yang mempunyai kestabilan politik termasuklah mempunyai keperluan yang lengkap untuk melabur.

“Pelabur akan yakin kepada negara yang politiknya stabil.  Mereka akan datang melabur apatah lagi di Sabah dimana kedudukan amat strategik di rantau asia.  Pastinya akan menjadi tumpuan kepada pelabur.

“Namun keperluan untuk melabur ini sudah tentu mereka memerlukan utiliti yang lengkap, air, jalan raya dan elektrik serta perhubungan yang baik.  Jadi kita akan cuba sedaya upaya sekiranya diberi mandat, saya akan perjuangkan untuk membangun dan membela rakyat Sepanggar,” katanya. – SABAH MEDIA / EAW

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya