HomeUtamaPerairan ESSZONE perlu terus diperkukuh

Perairan ESSZONE perlu terus diperkukuh

Read Time:1 Minute, 9 Second

BELURAN: Perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) perlu terus diperkukuh bagi memastikan tahap keselamatan penduduk sekitar kawasan berkenaan berada pada tahap yang terbaik.

Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, kawasan perairan khususnya di daerah ini adalah terdedah kepada sempadan laut antarabangsa dan berhampiran dengan negara jiran.

“Justeru kawasan-kawasan ESSZONE ini adalah kawasan yang perlu ditangani oleh pihak keselamatan khususnya dengan memperkukuhkan lagi bilangan kelengkapan dan peralatan keselamatan di pos-pos kawalan yang ada.

“Disini tentu sekali penduduknya adalah penduduk yang melakukan aktiviti ekonomi yang ada dipesisir laut dan keselamatan mereka tentu sekali perlu dilindungi dan diambil perhatian oleh pihak Kerajaan.

“Sudah tentu saya akan terus menyuarakan isu keselamatan bagi kampung-kampung dipesisir pantai yang terdedah kepada laut antarabangsa,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan kempen pilihan raya di Pulau Tatabuan di sini hari ini.

Sementera itu, Ronald yang juga penyandang kerusi Parlimen Beluran berkata, beliau gembira apabila Kerajaan telah merealisasikan hasrat untuk mewujudkan Batalion 20 Pasukan Gerakan Am (PGA) Beluran.

“Hasrat untuk mewujudkan satu batalion di Beluran ini telah pun dihasrat oleh Kerajaan sejak beberapa tahun yang lalu.  Saya gembira ia jadi realiti dan tentu sekali batalion yang diletakkan di Beluran ini akan terus memperkukuhkan lagi aspek keselamatan di kampung dan laut.

“Juster saya berharap ia akan disempurnakan segera.  Penempatan askar itu akan dapat dilaksanakan dalam masa terdekat,” katanya. – SABAH MEDIA/EAW

RELATED ARTICLES
Utama

Program Madani Rakyat 2024 Sayangi Sabah bermula hari ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular