Kehadiran Calon GRS Parlimen Ranau dapat sambutan meriah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 18 Second

RANAU: Lebih 500 penyokong  parti Gabungan  Rakyat Sabah (GRS) hadir bagi menyambut ketibaan Calon GRS Parlimen P.179 Ranau, Datuk Jonathan Yasin sempena program ramah mesra bersama rakyat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Timbua di Dewan Mini Timbua pada Rabu.

Jonathan menyifatkan kehadiran orang ramai ke majlis itu sebagai suatu petanda rakyat mempunyai kesedaran bahawa menerusi gabungan parti-parti yang bersatu dalam GRS adalah yang terbaik menjadi landasan kukuh rakyat Sabah.

“Bersama GRS, kita akan dapat menikmati kemajuan bersepadu dan lebih mapan berbanding berpecah-belah menerusi banyak parti,” katanya.

Menyentuh kemudahan infrastruktur di kawasan  P.179 Ranau, Datuk Jonathan menyeru rakyat kawasan DUN Kundasang dan DUN Paginatan supaya bersabar menunggu pelaksanaan menaiktaraf jalan-jalan seperti jalan Tarawas – Karagasan yang menelan kos kira-kira RM200 juta dan jalan Bongkud – Mansalu lebih RM400 juta.

“Menaik taraf jalan-jalan berkenaan kini dalam proses penentuan tender kepada kontraktor yang bakal melaksanakan pembinaannya yang tertunda ekoran pandemik Covid-19 sejak tahun 2020.

“Justeru itu, kita sama-sama bersabar menanti pelaksanaan kedua-dua projek tersebut,” katanya.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri, yang juga Menteri Perdagangan  dan Perindustrian Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Seri Dr.Joachim Gunsalam, Ketua Parti Maju Sabah (SAPP) Ranau, Japril Suhaimin, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kundasang, Daunis Samy dan Ketua PDM Timbua, Sharin Mujin serta Yubidi Gompoyo (Setiausaha Politik kepada Dr Joachim).

Jonathan pada hari yang sama (9 November) meneruskan jelajahnya ke PDM Nawanon, Tibabar dan PDM Pinawantai.

Sementara hari ini (10 November) Jonathan telah berkunjung ke PDM Nalapak, PDM Napong, PDM Narawang dan PDM Bongkud.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *