PH ketandusan modal kempen, gagal memajukan Tawau – Lo Su Fui

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:41 Second

TAWAU: Pakatan Harapan (PH) dilihat ketandusan modal kempen susulan gagal membangun dan memajukan Tawau dalam tempoh lima tahun diberi mandat meneraju kawasan itu.

Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Lo Su Fui berkata, ramai pengundi mengeluh kerana sukar bertemu wakil rakyat itu sebelum ini yang jarang kelihatan berada di Tawau.

“Saya selalu dengar penduduk cakap mereka merindui pemimpin sebelum itu iaitu Datuk Mary Yap kerana kelibat Datuk Christina susah kelihatan,” katanya ketika ditemui media di sini.

Lo berkata, jika dilihat pada daerah Tawau tidak ada langsung pembangunan kemajuan dilakukan Christina yang juga Pengerusi PH Sabah kerana beliau bukan wakil kerajaan pada penggal yang lepas.

“Sebab itu jika mahu Tawau dibangunkan perlu pilih pemimpin yang tahu masalah Tawau, mencari penyelesaian dan boleh memajukan Tawau,” katanya lagi.

PRU15 menyaksikan Parlimen Tawau berhadapan persaingan enam penjuru yang turut membabitkan Christina.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *