500 peserta sertai seminar AKAS 1974

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:50 Second

KOTA KINABALU: Seramai 500 orang peserta menyertai Seminar Akta Kualiti Alam Sekitar (AKAS) 1974 : Kawalan Pencemaran Air selama dua hari di sini baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah, Amirul Aripin berkata, seminar tersebut memberi peluang kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk berkongsi dengan pihak industri berkenaan kepentingan mengawal pelepasan air dan mengurus buangan terjadual.

“Para peserta terdiri daripada wakil premis atau syarikat seperti pengurus, jurutera kilang, Orang Berwibawa (competent person), penyedia perkhidmatan dan juru perunding alam sekitar.

“Penting untuk pihak industri tahu kepentingan mengawal pelepasan air dan pengurusan buangan terjadual yang dihasilkan agar tidak mencemarkan alam sekitar selaras dengan keperluan AKAS 1974.

“Seminar ini dirancang khas bertujuan untuk memberi kefahaman berkenaan halatuju JAS serta keperluan pematuhan terhadap PPKAS (Buangan Terjadual) 2005 dan PPKAS (Efluen Perindustrian) 2009 serta menerangkan tindakan penguatkuasaan dan perundangan di bawah AKAS 1974,” katanya semasa merasmikan seminar berkenaan di sini, kelmarin.

Selain itu, pameran teknologi kawalan pencemaran dan perkhidmatan alam sekitar turut berlangsung dengan penyertaan lebih 20 pemegang taruh.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *