PRU15 : Mohamaddin ‘berjiwa besar’ beri sokongan untuk kemenangan calon BN Lahad Datu

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:55 Second

Oleh NUR ISTIQOMAH

LAHAD DATU: Penyandang kerusi Parlimen Lahad Datu Datuk Mohamaddin Ketapi mengambil pendekatan untuk ‘berjiwa besar’ bagi memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) Maizatul Akmam Alawi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mohamaddin yang sebelum ini pernah menyuarakan rasa tidak berpuas hati dengan pemilihan calon BN di kerusi berkenaan yang dikatakan sebagai ‘orang luar’.

Bagaimanapun beliau akur dengan keputusan pucuk pimpinan parti Dan bersedia untuk bekerjasama dalam memastikan kemenangan berpihak kepada Maizatul.

Perkara itu dinyatakan menerusi satu pertemuan secara tertutup antara Mohamaddin dan Maizatul di sini kelmarin.

Pada pertemuan itu juga, Maizatul turut menjelaskan beberapa perkara kepada Mohamaddin termasuk isu ‘calon luar’ dan pertemuan ini memperoleh hasil yang positif bagi memastikan kerusi Lahad Datu menjadi milik BN.

Hadir sama pada pertemuan itu adalah wakil Perhubungan UMNO negeri Datuk Juhari Janan dan beberapa pemimpin BN.

Pertemuan itu diadakan di Pejabat Perhubungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama di sini.

Terdahulu, Mohamaddin berkata, beliau akan memberi sokongan yang padu kepada calon BN itu agar kemenangan berjaya dicapai dengan majoriti yang mudah bagi melaksanakan melaksanakan Pembangunan kepada Lahad Datu. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *