HomeUtamaJalankan tugas dengan ikhlas, integriti - Safar

Jalankan tugas dengan ikhlas, integriti – Safar

Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri menggesa agar semua penjawat awam Sabah menjalankan tugas dengan ikhlas dan penuh integriti.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong menekankan integriti dan akauntabiliti tinggi dalam kalangan penjawat awam penting dalam memastikan hala tuju, visi dan misi kerajaan dapat dicapai.

“Kita perlu sentiasa mencerminkan nilai integriti dalam semua tindakan sama ada melalui penampilan, sikap dan sebarang keputusan yang diambil. Kita semua perlu berani berubah ke arah yang lebih baik dan meletakkan integriti sebagai tonggak utama dalam perubahan yang kita ingin capai.

“Sebagai penjawat awam juga, kita perlu sedar nilai integriti adalah tidak terhad kepada satu perkara sahaja,” katanya.

Menurutnya, pembudayaan integriti juga mampu melahirkan penjawat awam yang lebih efisien, produktif dan beretika.

“Melaksanakan tugas dengan integriti juga mampu mewujudkan mekanisme kawalan bagi memastikan peraturan dan dasar yang ditetapkan dapat dipatuhi,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Minggu Integriti Peringkat Jabatan Ketua Menteri Tahun 2022 di Auditorium Utama Menara Kinabalu di sini, kelmarin.

Turut hadir, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Datuk Datu Rosmadi Datu Sulai, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) merangkap Penyelaras Pelaksanaan Minggu Integriti Peringkat Jabatan Ketua Menteri Tahun 2022, Datuk Diyanah Abdullah dan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Karunanithy Subbiah.

Mengulas mengenai program, Safar menyifatkan program seumpama mampu mencapai kelestarian dan pemantapan budaya integriti dalam kalangan penjawat awam jika dilaksanakan secara berterusan.

Dalam ucapannya, Safar turut memaklumkan pihaknya dengan kerjasama SPRM Sabah telah melawat dan melaksanakan siasatan ke atas kilang-kilang sawit bagi memastikan cukai jualan diisytiharkan dengan tepat.

Menurutnya, berdasarkan hasil tindakan sektor operasi oleh SPRM yang melibatkan kerajaan negeri, pihaknya telah menerima 53 maklumat sepanjang Januari hingga Oktober lepas.

Memperincikan mengenai maklumat terbabit, beliau mendedahkan sebanyak 12 kertas siasatan diterima, kertas penyiasatan awal (20), rujuk jabatan (7), tangkap (10) dan tuduh (4).

RELATED ARTICLES
Utama

MUIS serah sumbangan kepada 16 KIR terjejas kebakaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular