HomeUtamaTindakan akan diambil terhadap ahli yang menentang parti - Hajiji

Tindakan akan diambil terhadap ahli yang menentang parti – Hajiji

Read Time:54 Second

TUARAN: Umno Tuaran perlu mengambil tindakan terhadap ahlinya Noortaip Suhaili @ Sualee yang bertanding sebagai calon Bebas di Tuaran pada Pilihan Raya Umum ke-15, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, beliau telah bercakap dengan Ketua Umno Tuaran Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan timbalannya Datuk Jasnih Daya mengenai perkara itu.

Begitu juga di kawasan lain, beliau berkata tindakan mesti diambil terhadap mana-mana ahli parti yang bertentangan dengan kehendak parti.

“Kita mesti ambil tindakan tegas kerana kita tidak mahu rakyat terkeliru,” katanya pada sesi bertemu rakyat di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Sama Sabah di Kampung Lok Batik di sini hari ini.

Bersama beliau ialah Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai yang merupakan calon GRS bagi Tuaran, Timbalan Ketua Bersatu Tuaran, Datuk Kassim Razali yang juga Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Setiausaha Agung STAR Datuk Edward Linggu.

Dalam majlis itu, Hajiji turut menerima 1,500 borang permohonan keahlian daripada bekas Ahli Warisan diketuai oleh Abdullah Sani yang merupakan bekas calon Warisan untuk
Sulaman pada pilihan raya negeri 2018.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya