HomeUtamaWujudkan peneroka baharu dalam kalangan generasi belia - Andi Mohd Suryady

Wujudkan peneroka baharu dalam kalangan generasi belia – Andi Mohd Suryady

Read Time:1 Minute, 11 Second

KALABAKAN: Kejayaan modul pembangunan FELDA akan dicontohi untuk mewujudkan peneroka baharu dalam kalangan generasi belia membabitkan sektor ekonomi yang tidak hanya tertumpu dengan komoditi kelapa sawit.

Demikian antara perancangan calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Mohd Suryady Bandi jika diberi peluang meneraju kawasan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini.

Beliau yang pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Felda (ALF) selama tujuh bulan berkata, kerajaan BN pernah merancang untuk membina lebih banyak rumah generasi kedua FELDA dan mewujudkan 2000 peneroka baharu di tanah FGV di Sabah.

Namun katanya, tsunami politik yang melanda Kerajaan Persekutuan pada tahun 2018 sehingga berlaku perubahan pemerintahan kerajaan menyebabkan perancangan itu tidak diteruskan dan hanya di atas kertas.

“Saya pernah menjadi ALF selama tujuh bulan menggantikan bekas Adun Tungku, Arwah Datuk Suhaili, jadi saya faham dan sedar keperluan penduduk FELDA.

“Apabila jatuhnya kerajaan BN menyebabkan perancangan untuk membina rumah generasi kedua ini terbantut dan usaha pewujudan 2000 peneroka baharu di tanah FGV yang luas juga tidak diteruskan,” katanya.

Beliau yang juga Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah berkata ketika Program Bertemu Calon Bersama Penduduk FELDA Gugusan Umas-Umas di sini hari ini.

Katanya, penduduk FELDA diminta tidak lagi menggadai nasib generasi kedua dengan memilih parti yang tidak boleh membawa perubahan.

“Bayangkan 2000 peneroka baharu diwujudkan berapa ramai belia daripada golongan B40 yang dapat kita bantu tetapi oleh kerana kalah, kita tidak dapat teruskan perancangan itu,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular