HomeUtamaSokong dan Undi Calon BN Parlimen Beaufort - Limus

Sokong dan Undi Calon BN Parlimen Beaufort – Limus

Read Time:57 Second

KUALA PENYU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu, Datuk Limus Jury meminta rakyat di kawasan ini memberi sokongan dan mengundi calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Beaufort, Datuk Siti Aminah Aching pada 19 November ini.

Katanya, ini bagi memastikan kemenangan calon dari parti kerajaan itu.

Pembantu Menteri Kerja Raya itu berkata, calon BN ini perlu diberikan kemenangan memandangkan kerajaan sekarang sebuah kerajaan yang prihatin kepada rakyat.

“Kita harus tolak parti-parti pembangkang yang lain ini termasuk PH (Pakatan Harapan) yang sudah pernah memerintah selama 22 bulan namun banyak bantuan kepada rakyat telah dipotong oleh mereka.

“Begitu juga Warisan, banyak berlaku pertambahan pengundi di kawasan kita ini dan seluruh Sabah. Jadi janganlah undi parti-parti yang tidak dapat membantu rakyat ini,” katanya ketika berucap dalam program BN di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kilugus, petang tadi.

Turut hadir calon BN Parlimen Beaufort, Datuk Siti Aminah Aching.

Limus menjelaskan kesibukannya menyebabkan beliau lambat turun membantu kempen calon BN berkenaan.

“Saya agak sibuk sedikit dan secara kebetulan juga pada hari penamaan calon, anak saya kahwin,” ujarnya.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan pengundi di kawasan ini supaya memastikan mereka mengundi calon BN itu untuk memastikan kemenangannya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPDN Sabah catat nilai rampasan lebih RM3.2 juta atas pelbagai kesalahan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular