HomeUtamaPRU15: Jangan mudah terpengaruh fitnah pihak lawan - Suhaimi

PRU15: Jangan mudah terpengaruh fitnah pihak lawan – Suhaimi

Read Time:51 Second

SANDAKAN : Rakyat Libaran dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan fitnah pihak lawan yang disebarkan melalui media sosial mahupun semasa sesi berkempen.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi berkata, pihak lawan seolah-olah ketandusan modal hingga sanggup menyebarkan fitnah dan auta demi meraih sokongan rakyat.

“Kita turun padang untuk memberi penerangan sepatutnya kepada rakyat mengenai apa yang telah kerajaan lakukan dan apa hasrat kita selepas ini jika diberi mandat untuk menerajui kerajaan.

“Berbeza dengan kempen calon pihak lawan yang hanya pandai mengkritik dan memburuk-burukkan BN,” katanya ketika berucap pada perjumpaan bersama belia di Kampung Nelayan Batu Putih, semalam.

Menurut Suhaimi, rakyat di Libaran boleh mendengar, tetapi jangan sesekali mempercayai dengan kata-kata negatif dan fitnah pihak lawan yang menjadi asam garam semasa kempen pilihan raya.

“Pihak lawan sekadar merayu simpati agar pengundi menyokong mereka. Bukan itu sahaja, mereka memainkan isu-isu semasa, malah lebih teruk turut menyentuh hal peribadi.

“Rakyat Libaran tidak boleh memilih calon sedemikian. Saya tahu pengundi di kawasan ini bijak menilai dan tidak mudah terpengaruh,” jelasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya