UPKO tidak mampu bersuara tuntut hak negeri jika bersama PH

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU : Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) tidak mampu untuk bersuara bagi menuntut hak negeri Sabah kerana dalam komponen Pakatan Harapan (PH) mempunyai tiga lagi parti lain.

Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, ini termasuklah sukar untuk mendesak parti-parti komponen dalam PH untuk menuntut hak Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Katanya, UPKO juga tidak boleh menentang tiga parti berkenaan kerana tiga parti lain seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Amanah Negara (Amanah) ditunjangi parti Semenanjung.

“Undi UPKO, dia ikut PH dan di sana ada tiga lagi parti dan UPKO satu sahaja. Kalau tiga parti itu meminta UPKO supaya tidak bersuara (tuntut hak Sabah), sudah tentu UPKO akan diam.

“Seperti dalam Barisan Nasional (BN), saya satu-satunya Naib Presiden UMNO (dari Sabah), ada presiden dan timbalan presiden serta dua lagi naib presiden. Saya tidak mempunyai pilihan kerana keputusan dibuat di Kabinet. Itu sebabnya, saya lihat tiada guna berpakat,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Shafie berkata, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lalu, UPKO telah meminta kerusi sebanyak 18 buah kerusi bagi menghadapi pilihan raya itu pada 2020.

“Saya tolong UPKO, Tan Sri Dompok minta 18 kerusi, (Tan Sri) Wences Angang datang rumah saya. Saya tanya Mana kerusi mahu tanding, saya tidak rasa kamu boleh menang.

“Paling-paling pun lima kerusi kalau kena calon. Tapi tidak apa, sebab saya pandang parti tempatan, bagi 14 kerusi, tengok tengok satu saja kerusi menang, itu pun pakai logo UPKO.

“Sekarang masuk pakatan, tinggal lima kerusi logo pun hilang sama si Anwar (Ibrahim). Tiada harapan, logo pun dia jual kerusinya pun dia jual,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *