HomeUtamaKerjasama BN dan GRS Tawau tetap utuh

Kerjasama BN dan GRS Tawau tetap utuh

Read Time:1 Minute, 8 Second

TAWAU: Umno Bahagian Tawau menegaskan mereka menyokong penuh calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Parlimen Tawau, Lo Su Fui dan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan ‘nakal’ bahawa ahli akar umbi parti itu akan melakukan sabotaj pada hari pengundian.

Ketuanya, Ghazalie Ansing ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di SJKC Kung Ming di sini berkata, ahli parti itu akan setia menyokong dan memastikan kemenangan calon GRS dan tidak akan berpaling tadah mengundi calon lain.

“Kerjasama kami antara BN dan GRS di Tawau ini amat utuh, amat baik, amat harmoni dan tidak pernah ada sebarang pergaduhan, semuanya harmoni.

“Di mana sahaja program kempen dibuat GRS, kami (BN) hadir begitu juga sebaliknya, kami cukup harmoni, cukup bahagia dan saya bagi pihak Umno dan BN akan membantu memenangkan 100 peratus saudara Lo,” katanya.

Ghazali dalam pada itu meminta pengundi di Tawau tidak lagi tersalah undi pemimpin yang tidak membawa pembangunan serta mengakibatkan kemunduran ekonomi serta hanya melaungkan slogan ‘reset’ negeri ini.

“Berapa banyak sudah kedai lingkup di daerah ini, semuanya akibat salah undi pemimpin, kerana mahu mencuba sesuatu yang tidak pasti,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Ghazali berkata, berbaki beberapa hari lagi tempoh mengundi jentera BN dan GRS kini mula melakukan semak semula data pengundi supaya tidak bertindih.

“Bermula semalam juga semua jentera parti BN dan GRS kini akan memastikan usaha kita untuk mengejar ‘pengundi putih’ agar tidak lagi tersalah pilih,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Isu SMM, klip video ADUN disifatkan lebih kepada ‘sakit hati’ dan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular