HomeUtamaPRU15 : 520 permit kempen pilihan raya diluluskan dalam tempoh 24 jam

PRU15 : 520 permit kempen pilihan raya diluluskan dalam tempoh 24 jam

Read Time:49 Second

KOTA KINABALU :  Polis Sabah mengeluarkan sebanyak 520 permit kempen pilihan raya yang telah diluluskan bagi seluruh kontinjen Sabah dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata, jumlah tertinggi permit yang diluluskan ialah Lahad Datu iaitu sebanyak 93 permit.

“Manakala jumlah kumulatif bermula 5 November hingga 14 November adalah sebanyak 3,476 permit telah diluluskan.

“Hasil pemeriksaan, semua kempen yang dijalankan mempunyai permit dan tidak melanggar syarat kempen yang telah ditetapkan,” katanya.

Idris berkata, dalam masa sama, sebanyak 14 laporan polis telah diterima dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Katanya, bagi tempoh 26 Oktober hingga 14 November 2022, sebanyak 85 laporan polis telah diterima dan 15 kertas siasatan telah dibuka siasatan.

“Justeru pihak polis menyeru agar semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung di dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) agar mematuhi undang-undang dan arahan semasa pihak berkuasa.

“Ini adalah bagi memastikan proses pilihan raya ini dapat dilaksanakan dengan teratur dan lancar,” katanya. -SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya