HomeUtamaDakwaan Shafie Tidak Berasas, hanya propaganda politik - Christina Liew

Dakwaan Shafie Tidak Berasas, hanya propaganda politik – Christina Liew

Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU: Pemimpin PKR, Christina Liew menafikan dakwaan bekas ketua menteri, Shafie Apdal menghalangnya daripada memberi tekanan kepada kerajaan persekutuan Pakatan Harapan (PH) untuk menuntut hak Sabah bagi 40% hasil negeri.

Liew yang merupakan timbalan Shafie dalam kerajaan negeri pimpinan Warisan ketika itu berkata, dakwaan presiden Warisan itu tidak berasas dan hanya “propaganda” untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Pemimpin yang bertanggungjawab tidak patut mereka cerita untuk mengelirukan pengundi. Warisan tidak patut menyalahkan PH atas ketidakmampuannya berjuang mendapatkan hak Sabah,” kata bekas ketua PKR Sabah itu lapor portal Free Malaysia Today.

Sabtu lalu, Shafie mendakwa PH Sabah tidak menyokong langkah menuntut semula 40% hasil negeri, dan Liew berkata, ia adalah “arahan parti”.

Beliau mendakwa PH Sabah mengikut arahan pemimpin parti mereka, bukannya suara rakyat Sabah, serta samannya terhadap Putrajaya berhubung pembahagian hasil 40% sekadar publisiti.

Jun lalu, 12 wakil rakyat PH di Sabah memfailkan tindakan undang-undang di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, memohon deklarasi bahawa formula 40% pemberian hasil negeri, seperti ditetapkan dalam Perjanjian Malaysia 1963, masih terpakai.

Mereka juga memohon deklarasi bahawa semakan semula geran tahunan Putrajaya kepada Sabah patut dilakukan pada 1974, dan semakan pada 2022 – diumumkan bersama oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan Sabah pada April lalu – tidak berperlembagaan.

Mac lalu, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz mendedahkan formula 40% tidak lagi terpakai.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular