Penduduk berterima kasih atas inisiatif Calon GRS Lau tangani masalah parkir

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 0 Second

SANDAKAN : Penduduk Kampung Sim-Sim yang menghadapi masalah letak kenderaan (parkir) merakamkan ucapan terima kasih atas usaha Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Parlimen P.186 Sandakan Lau Chi Keong @ Thomas Lau yang peka dengan keperluan rakyat situ.

Meskipun sebelum ini beliau bukan wakil rakyat kawasan mereka, Lau bersama barisan kepimpinanan Parti Maju Sabah (SAPP) Sandakan sangat prihatin dengan keperluan penduduk khasnya di kawasan berdekatan tarikan pelancong luar seperti Pasar Ikan Bakar Sim-Sim dan Restoran Makanan Laut di Lorong H, Rumah Murah Kampung Sim-Sim yang memerlukan ruang parkir yang banyak.

“Kami sangat berterima kasih kepada Lau atas kemudahan yang disediakan untuk kami disini,” jelas penduduk Alawi Tahir, 56, ketika ditemui disini.

Alawi berharap Lau akan mendapat mandat sebagai Ahli Parlimen Sandakan dan meneruskan usaha mengatasi masalah lain yang dihadapi penduduk seperti laluan sesak di kampung itu khasnya pada waktu malam.

Selain itu Alawi juga berharap sebuah lagi tapak perkuburan orang Islam yang baharu bagi kampung tersebut kerana tapak sedia ada sudah agak padat.

Sehubungan dengan itu, ketika mengulas permintaan penduduk kampung tersebut, Lau berkata beliau akan berusaha dapatkan tapak untuk perkuburan orang Islam yang baharu jika beliau mendapat mandat sebagai Ahli Parlimen Sandakan pada 19 November ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *