PRU15 : Mohamaddin berteka-teki mahu sertai parti mana selepas pilihan raya

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 5 Second

Oleh NUR ISTIQOMAH

LAHAD DATU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama Datuk Mohamaddin Ketapi memberi bayangan mahu menyertai Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun katanya, ia adalah bergantung sama ada BN di Lahad Datu berjaya memperoleh kemenangan pada pilihan raya atau tidak.

“Pada ketika ini, saya mahu bebas, namun jika kemenangan berpihak kepada BN barulah saya akan menentukan sama ada menyertai BN atau sebaliknya.

“Saya sokong untuk kasih menang BN. Soal masuk dan sebagainya kita kasih menang dulu. Kalau saya masuk, lepas itu kalah tidak pandai malukah saya, sekarang saya tiada parti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghdiri Majlis Jelajah Kempen Pengerusi BN Sabah di sini semalam.

Dalam pada itu, Mohamaddin yang juga penyandang kerusi Parlimen Lahad Datu berkata, satu pertemuan bersama calon BN Parlimen Lahad Datu Maizatul Akmam Alawi telah diadakan secara tertutup di pejabatnya baru-baru ini.

Katanya, perjumpaan itu bertujuan bagi mendapatkan sokongan bagi mencapai kemenangan kawasan itu pada PRU15.

“Saya ingin menyatakan bahawa pendirian saya adalah untuk menyokong calon BN dan menyeru agar para penyokong untuk mengundi dan berkempen bagi memastikan kemengan berpihak kepada Maizatul.

“Baru-baru ini, calon ada datang berjumpa saya di pejabat dan meminta sokongan. Kita memang menyokong calon yang dipertaruhkan. insyaAllah kita akan memberi sokongan dan akan membantu kepada kemenangan beliau,” katanya. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *