HomeUtamaPRU15 : Perbezaan bangsa bukan halangan, pembangunan untuk rakyat lebih utama -...

PRU15 : Perbezaan bangsa bukan halangan, pembangunan untuk rakyat lebih utama – Ruslan

Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU : Pencalonan Datuk Matbali Musah sebagai calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi Parlimen Sipitang merupakan satu perkara yang positif dalam kalangan masyakat berbilang kaum di kawasan berkenaan.

Perkara itu diakui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Datuk Ruslan Muharam yang menganggap perbezaan bangsa dalam kepimpinan juga bukan halangan untuk membantu rakyat di kawasan yang diwakili.

“Dalam situasi perbezaan pandangan berkenaan suku kaum atau bangsa khususnya di Sipitang, sebelum ini juga kawasan ini sudah ramai yang menjadi Ahli Parlimen seperti (YB) Datuk Dr Yusof dari masyarakat Kadayan dan Datuk Sapawi dari masyarakat Brunei.

Datuk Ruslan Muharam

“Bermakna mereka hadir dari berbilang kaum, Brunei dan Kadayan.  Hari ini Matbali (Musah) telah dicalonkan sebagai Ahli Parlimen, saya rasa tidak menjadi satu isu yang dimainkan oleh pihak lawan,” katanya kepada Sabah Media di sini semalam.

Sebelum ini katanya, pada pengundi khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan juga telah memberi sokongan padu kepada wakil rakyat terdahulu seperti Datuk Dr Yusuf Yakob dan Datuk Sapawi Ahmad.

“Ini sudah tentu kita tidak akan melihat bangsa atau isu yang dimainkan, kerana kita sentiasa toleransi dan bekerjasama untuk memajukan kawasan Parlimen Sipitang itu sendiri,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kempen membantu calon GRS Parlimen Sipitang, Ruslan berkata, minggu akhir kempen kini lebih menumpukan kepada golongan belia atau pengundi baharu.

Katanya, golongan muda perlu disantuni dan dibimbing bagi memberi gambaran yang baik dan jelas untuk membuat pilihan bijak pada hari mengundi. – SABAH MEDIA/EAW

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya