HomeUtamaPRU15 : Proses pembuangan undi awal di Parlimen Kinabatangan berjalan lancar

PRU15 : Proses pembuangan undi awal di Parlimen Kinabatangan berjalan lancar

Read Time:47 Second

Oleh NICK ABDUL RAHMAN

KINABATANGAN : Proses pembuangan undi awal Parlimen Kinabatangan yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan berjalan dengan lancar.

Berdasarkan maklumat, seramai 217 individu akan menjadi pengundi awal dan pengundi pos di parlimen terbabit.

Seramai 203 daripada jumlah itu merupakan anggota dan pesara polis dan hanya satu saluran diwujudkan di pusat pembuangan undi awal berkenaan, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, tiada sebarang perkara tidak diingini sepanjang proses pembuangan undi dijalankan dan semua anggota IPD Kinabatangan keliar mengundi semuanya.

“Alhamdulillah kami warga PDRM IPD Kinabatangan Sabah sudah melaksanakan tanggungjawab kami. Perjalanan undi alhamdulillah semua berjalan dengan baik.

“Dalam masa sama juga kami warga PDRM berharap supaya kempen berbaki tiga hari ini dilaksanakn dengan baik dan mematuhi peraturan,” katanya ketika ditemui di IPD Kinabatangan, hari ini.

Menurutnya, pihaknya juga berharap supaya calon yang terpilih di Parlimen Kinabatangan dapat merealisasikan pembangunan di daerah itu dengan lebih mantap dan lebih kondusif. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah tuan rumah ATE 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular