HomeUtamaPRU15 : Proses undi awal berjalan lancar

PRU15 : Proses undi awal berjalan lancar

Read Time:2 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU : Proses pembuangan undi awal di beberapa kawasan di sini berjalan lancar dan tenang tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Tinjauan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah hadir membuang undi di  Saluran Satu Mess Pegawai Kanan Polis, IPK Sabah pada jam 10 pagi. 

Pusat mengundi bagi Parlimen Penampang itu juga menyaksikan seramai 1,086 orang dengan dua saluran dibuka bagi undi awal Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mulai jam 8 pagi hingga jam 5 petang tadi.

Dalam kenyataannya, Idris berkata jumlah keseluruhan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berdaftar sebagai pemilih di Kontinjen Sabah ialah 11,835 orang termasuk jumlah undi awal dan undi pos.

Daripada jumlah itu, seramai 9,116 pengundi adalah pegawai dan anggota Polis termasuk pasangan bagi Pasukan Gerakan Am (PGA) yang membuat undi awal, manakala 2,719 lagi adalah undi pos.

Menurut beliau, bagi memastikan kelancaran pengundian awal itu, 41 pusat mengundi melibatkan 47 saluran mengundi dibuka hingga 5 petang.

Justeru katanya, Polis Sabah telah mengatur gerak penugasan untuk mengiring peti dan kertas undi serta mengawal keselamatan di semua pusat undi awal hingga selesai. 

Turut menunaikan tanggungjawab undi awal ialah Ketua Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, ACP Mohd Zaidi Abdullah yang membuat undi awal di Saluran 2, Dewan Serbaguna IPD bagi Parlimen Penampang pada jam 9 pagi.

Berbeza dengan pusat mengundi di Dewan Serbaguna Batalion 12 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kinarut Papar yang meriah dengan beberapa siri lawatan calon Parlimen Papar iaitu calon Parti Warisan, Ahmad Hassan, calon Parti Pejuang, Nicholas Sylvester @ Berry dan calon GRS, Datuk Armizan Mohd Ali.

Menyambut kehadiran para calon ialah Pegawai Pengurus (RO), Hadzlan Jable yang juga Pegawai Daerah Papar diiringi Komander Briged Sabah PGA, SAC Abdul Rani Alias. 

Menurut Hadzlan, dua pusat mengundi dibuka bagi undi awal PRU15 Parlimen Papar iaitu Batalion 16 Kinarut dengan 635 pengundi yang dibahagikan kepada dua saluran iaitu saluran 1 (310 ) dan saluran 2 (325), dan 186 pengundi lagi membuang undi di IPD Papar. 

Sementara itu, pengundian awal di Markas Divisyen Kelima Infantri (5 Divisyen) pula juga berlangsung aman dengan jumlah pengundi 2.981 orang.

Undi awal bagi PRU15 Parlimen P.173 Putatan didahului Panglima 5 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Abdul Rahman A Wahab bersama isteri, Datin Zarina Alif yang mengundi di Saluran 5 di pusat mengundi Sekolah Agama Kem Lok Kawi pada jam 8 pagi.

Di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia Kota Kinabalu (PTKK) pula, seramai 1,560 orang termasuk 200 ahli keluarga menunaikan tanggungjawab di empat saluran di pusat mengundi SK Pangkalan TLDM Kota Kinabalu bagi Parlimen Sepanggar.

Turut membuang undi awal ialah Panglima Logistik Timur, Laksamana Pertama Satria Sarawak Jais dan isteri, Khatijah Md Nor serta Panglima Angkatan Kapal Selam, Laksamana Pertama Mohd Razib Tahir.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular