HomeUtamaPRU15: Pilih calon Kerajaan GRS - BN mewakili Parlimen Sipitang - Dr...

PRU15: Pilih calon Kerajaan GRS – BN mewakili Parlimen Sipitang – Dr Yusof

Read Time:1 Minute, 49 Second

Oleh NORMIMIE DIUN / Video YUSOF MOHAMAD https://fb.watch/gPcSprIZt8/

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob merayu kepada pengundi-pengundi Parlimen Sipitang supaya menyokong dan mengundi calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Matbali Musah pada Pilihan Raya Ke-15 (PRU15) ini bagi mewakili kerajaan ke persekutuan.

Dr Yusof turut menjelaskan bahawa rakyat mesti memilih Kerajaan Negeri GRS-BN supaya dapat meneruskan pelbagai rancangan pembangunan kawasan parlimen ini.

“Pengundi kena faham, negeri kita sekarang kerajaan GRS – BN, kita bukan pembangkang, kita bukan bubar, kita bukan mahu memilih kerajaan yang baharu di Sabah, kita memang sudah kerajaan, pengundi-pengundi Sipitang akan memilih kerajaan, seperti yang saya katakan kerajaan negeri mesti ada wakil yang akan mewakili kerajaan kita ke pusat, itu kita kena faham.

“Di saat ini pengundi memang faham dan saya tidak melihat ada masalah untuk pengundi-pengundi memahami dan menyokong seterusnya mengundi Datuk Matbali Musah dengan lambang GRS,” katanya semasa ditemui Sabah Media hari ini.

Dr Yusof turut berterima kasih kepada pengundi-pengundi demokrasi yang berkempen secara sihat.

“Bagaimana pun kita berlawan tiga penjuru di Parlimen Sipitang ini, kita bertanding secara sihat dan tiada insiden yang tidak diingini berlaku. Ini hasrat kita.

“Kita berharap dalam PRU ini kita berkempen janganlah sampai guna cara ekstrem sebaliknya hasrat kita ialah kita guna kebijaksanaan siapa yang boleh bawa pembangunan di kawasan parlimen ini. Sudah tentu yang boleh membawa pembangunan ini pihak kerajaan, kerajaan yang memerintah Negeri Sabah,” ujarnya.

Dalam pada itu, dismping rancangan pembangunan untuk belia-belia dan petani, Sipitang juga telah diwartakan sebagai hab industri minyak dan gas.

“Sehubungan dengan itu, sudah tentu kita perlu sokongan Kerajaan Persekutuan juga dan Petronas untuk pembangunan Sipitang.

“Pelaburan daripada luar juga daripada Kerajaan Persekutuan , ini adalah berita baik untuk belia-belia di kawasan Sipitang yang mencari pekerjaan dan dengan pengumuman YAB Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor kelmarin bila pelabur dan juga kilang ini dibuka di Sipitang maka akan ada pertambahan penduduk iaitu sekitar 15 ribu pekerja akan berada di Sipitang, sudah tentu akan mengubah lanskap ekonomi yang ada di Sipitang pada masa akan datang.

“Oleh itu saya yakin pengundi akan memlilih calon GRS Datuk Matbali Musa pada 19 November ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya