Warisan Libaran keluar parti, sertai Umno

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:46 Second

SANDAKAN : Dalam tempoh genting menjelang hari mengundi Sabtu ini, Warisan Libaran kehilangan ahli yang bertindak keluar parti itu untuk menyertai Umno, kelmarin.

Pengisytiharan keluar parti secara beramai-ramai itu diadakan di dua lokasi berasingan iaitu Taman Sri Rimba dan Kampung Sungai Kayu.

Di Taman Sri Rimba, Husain Mohamad telah menyerahkan borang keahlian melibatkan 114 orang kepada calon Barisan Nasional (BN) yang juga Ketua Bahagian Umno Libaran, Datuk Suhaimi Nasir.

Manakala, 103 orang lagi di Kampung Sungai Kayu turut menyerahkan borang keahlian mereka kepada Suhaimi.

Ghani Yahya menyerahkan borang keahlian sambil diperhatikan oleh ADUN Sungai Sibuga Datuk Mohd Hamsan Supain.

Kesemua mereka adalah terdiri daripada ahli Warisan dan pengundi atas pagar yang belum berdaftar dengan mana-mana parti.

Mereka secara sukarela meninggalkan Warisan kerana kecewa dengan pengurusan parti itu yang dianggap lemah dan tidak sistematik.

Malah, mereka sedia menunjukkan sokongan dan akan membantu jentera dalam usaha memenangkan BN di Parlimen Libaran pada PRU-15 ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *