HomePolitikPRU15 : Yakin pengundi Beluran bijak buat pilihan, terima pelbagai manfaat pembangunan...

PRU15 : Yakin pengundi Beluran bijak buat pilihan, terima pelbagai manfaat pembangunan – Ronald

Read Time:1 Minute, 44 Second

PAITAN : Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yakin para pengundi di kawasan berkenaan dapat merasai perubahan yang telah diusahakan beliau sepanjang menjadi wakil rakyat sebelum ini.

Katanya, pelbagai usaha telah dilaksanakan melalui kementerian-kementerian dan jabatan tertentu bagi membantu membangunkan kawasan berkenaan.

“Saya akan terus sandarkan kepada rekod lama saya di kawasan Beluran ini. Saya yakin para pengundi dapat melihat dan merasai perubahan yang sedang berlaku yang pernah saya usahakan sebelum ini.

“Malah dua tahun sebelum ini juga, melalui kementerian khususnya Kementerian Pertanian Industri Makanan dimana saya adalah caretaker menterinya selama dua tahun. Pelbagai projek dilaksanakan oleh Kementerian.

“Rakyat Malaysia yang ada di Beluran ini dapat menikmati manfaat yang dibawa Kementerian, tentu sekali ianya dihargai oleh komuniti peladang, petani dan penternak di kawasan Beluran,” katanya ketika menghadiri majlis bersama rakyat di Kampung Dalamas Paitan di sini semalam.

Ronald yang juga penyandang kerusi Parlimen Beluran berkata, khidmat sebagai wakil rakyat ketika berada dalam Kerajaan mahupun luar Kerajaan juga tidak pernah diabaikan dan ia merupakan inti utama dalam perkhidmatan kepada rakyat.

“Saya yakin rakyat Beluran mengetahui dan menghargai sumbangan dan khidmat yang saya tabur dikawasan ini pada sekian lama,” katanya.

Dalam pada itu, ketika mengulas mengenai tempoh kempen, Ronald berkata, proses kempen yang diadakan di beberapa kawasan di Beluran sepanjang lebih seminggu adalah berjalan lancar.

Katanya, rakyat khususnya di kawasan luar bandar sedia maklum tentang perkembangan politik dan tahu untuk memilih calon dan parti terbaik bagi mewakili mereka untuk tempoh lima tahun akan datang.

“Rakyat mengikuti perkembangan dan juga perkara-perkara yang berlaku sepanjang PRU15 yang sedang berjalan ini. Sebab itu bila ada pemimpin mengugut untuk meraih undi, rakyat akan bangkit.

“Ini bukan sahaja bertentangan dari segi undang-undang tetapi mengugut rakyat adalah sesuatu yang tidak boleh dibiarkan berlaku dalam era pada ketika ini. Saya harap pemimpin-pemimpin yang menggunakan taktik menakut-nakutkan terutama mereka yang menyandang jawatan dalam Kerajaan negeri supaya menghentikan taktik kotor itu.

“Beri hak kepada rakyat untuk bebas membuat keputusan, hak mereka untuk memilih wakil rakyat yang terbaik bagi tempoh lima tahun akan datang,” katanya. – SABAH MEDIA/EAW

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya