HomeUtamaPRU15: Warga tentera darat laksana pengundian awal di Kem Lok Kawi

PRU15: Warga tentera darat laksana pengundian awal di Kem Lok Kawi

Read Time:2 Minute, 25 Second

Oleh NORMIMIE DIUN / Video YUSOF MOHAMAD

PUTATAN: Warga tentera darat melaksanakan tanggungjawab sebagai pemilih di Pusat Pengundian Awal bagi Parliment Putatan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bertempat di Sekolah Agama Rakyat, Kem Lok Kawi pada Selasa.

Panglima 5 Divisyen Kem Lok Kawi, Mejar Jeneral Datuk Abdul Rahman Wahab bersama isteri Datin Zarina Alif hadir merupakan pengundi pertama membuka tirai melaksanakan pengundian awal di sini hari ini.

Anggota tentera darat di Pusat Pengundian Awal di Sekolah Agama Rakyat, Kem Lok Kawi hari ini.

Terdapat lima saluran di pusat pengundian tersebut di mana para petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mula membuat persediaan seawal jam 6 pagi tadi dan masa mengundi pula bermula pada jam 8 pagi sehingga 5 petang ini.

Menurut Abdul Rahman, bagi Kem Lok Kawi, seramai 2900 pengundi awal terdiri daripada anggota tentera melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka di dalam proses demokrasi membuang undi pada hari ini.

Katanya, seramai 6000 lebih tentera darat seluruh Sabah manakala keseluruhan termasuk tentera darat, laut dan udara di negeri ini adalah sebanyak 11,181 pengundi bersama pasangan anggota yang telah berkahwin yang akan membuang undi dan yang telah berdaftar dengan SPR,” katanya ketika ditemui media selepas beliau membuang undi.

Dalam pada itu Abdul Rahman berkata, di kem lok kawi ini, proses pengundian itu dilaksanakan secara berperingkat mengelakkan kesesakan.

“Kita dah buat rotation agar mereka melaksanakan pengundian mengikut company, unit masing-masing dan peringkat awal mereka kena melapor di khemah masing-masing terlebih dahulu setelah itu mereka berbaris dan buang undi dan daftar balik khemah masing-masing,” katanya.

Ditanya mengenai jumlah pengundi yang keluar mengundi.

“InshaAllah di sini kita membuat proses pemeriksaan balas iaitu setiap pasukan akan menentukan anggota masing-masing dan kita jangkakan keseluruhannya sekiranya tiada aral melintang lebih 72 peratus pengundi yang akan keluar membuang undi di sini tidak termasuk undi pos sebanyak 1299 bagi tentera darat seluruh Negeri Sabah.

“Bagaimanapun di sini kita tidak ada rekod pengundi baharu kerana kebanyakan di sini adalah anggota-anggota yang telah berkhidmat melebihi dua tahun ke atas, yang bakal ada pengundi pertama kali mengundi ada di pusat latihan tentera darat di Port Dickson,” ujarnya.

Beliau berkata, sebanyak 12 Pusat Pengundian Awal termasuk Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Abdul Rahman menyokong SPR melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) baharu yang tidak membenarkan membawa telefon bimbit semasa membuang undi.

“Saya rasa itu wajar bagi mengelakkan gangguan dan anggota datang fokus untuk membuat undian, itupun dalam masa sekejap sahaja, selepas itu balik ke pasukan masing-masing untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing,” katanya.

Turut hadir Penolong Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen P.173 Putatan (Pengundian Awal) Mohd Baharun Nor Minduru bersama 60 petugas SPR.

Kerusi Parlimen Putatan menyaksikan pertandingan empat penjuru di antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Shahelmey Yahya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat dengan penyandangnya, Awang Husaini Sahari (PH), Poyne B Tudus @ Patrick Payne (PEJUANG) dan Ahmad Mohd Said (WARISAN).

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya