PRU15 : Buat pilihan bijak, pastikan kemenangan calon GRS-BN

Read Time:1 Minute, 18 Second

MEMBAKUT : Para pengundi khususnya di kawasan Parlimen Kimanis diseru agar membuat pilihan bijak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi memastikan pembangunan dan kesejahteraan rakyat dapat diteruskan.

Ketua Bahagian Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Kimanis Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pengundi juga tidak perlu ragu untuk memilih calon yang diwakili oleh Kerajaan.

“Beberapa hari lagi kita akan melaksanakan tangunggjawab sebagai pengundi.  Justeru bagi pengundi khususnya di Parlimen Kimanis ini, kita tidak perlu ragu-ragu lagi untuk memilih calon Kerajaan yang diwakili Barisan Nasional (BN) Datuk Mohamad Alamin.

“Kepada semua rakan-rakan dalam komponen GRS, inilah calon kita, jangan lagi ragu dan fokus dalam memastikan calon kita menang pada pilihan raya kali ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program ceramah bersama calon Parlimen Kimanis Datuk Mohamad Alamin di sini semalam.

Mohd Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut berkata, Mohamad merupakan seorang calon yang mempunyai kepimpinan yang baik selain pendidikan yang sempurna.,

“Dulu saya pernah bersekolah dengan beliau, saya juga sama-sama dengan beliau dalam arena politik.  Dia adalah yang terbaik yang boleh membantu membawa pembangunan di kawasan kita di Kimanis itu.

“Sebelum ini ketika beliau menjadi ahli Parlimen, telah banyak pembangunan yang dibawa khususnya dalam aspek pendidikan anak-anak.  Justeru itu, buatlah pilihan yang bijak pada 19 hari bulan ini,” katanya.

Pada PRU15 ini, Mohamad akan berdepan saingan lima penjuru melibatkan calon Parti Warisan (WARISAN) Daud Yusof; Parti Pejuang Tanahair, Yusop Osman; Pakatan Harapan Rowindy Lawrence Odong dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat Amat Md Yusof. – SABAH MEDIA / EAW

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.