HomePolitikPRU15 : Gandingan ahli Parlimen, ADUN Kerajaan mampu bawa banyak pembangunan untuk...

PRU15 : Gandingan ahli Parlimen, ADUN Kerajaan mampu bawa banyak pembangunan untuk rakyat

Read Time:1 Minute, 16 Second

BEAUFORT : Gandingan yang mantap antara Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada pihak Kerajaan akan mampu membawa lebih banyak pembangunan kepada rakyat di kawasan yang diwakili.

ADUN Lumadan Datuk Ruslan Muharam berkata, menerusi gandingan itu, wakil rakyat yang dipilih akan dapat bekerjasama menyelaraskan hala tuju dan aspirasi pemimpin untuk rakyat.

“Jika wakil rakyat kita di peringkat Parlimen adalah wakil Kerajaan, maka gandingan wakil rakyat di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) yang juga Kerajaan,sudah tentu akan dapat bekerja bersama-sama dan membawa masalah rakyat ke Parlimen.

“Parlimen Sipitang ini juga akan dapat dimajukan dan dibangunkan dengan lebih baik melalui gandingan mantap Ahli Parlimen dan ADUN dari Kerajaan.

“Sindumin semakin membangun, begitu juga dikawasan Lumadan, kita tidak mahu jika salah pilih calon dari pihak pembangkang, usaha pembangunan menjadi terbantut dan perlahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Bersama Rakyat Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan calon GRS Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah di sini semalam.

Hadir sama Ketua Menteri yang juga Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.

Sementara itu,Ruslan berkata, beberapa isu rakyat khususnya di kawasan DUN Lumadan telah banyak yang diatasi.

“Antaranya ialah masalah bekalan air bersih; masalah saliran dan perparitan dan peningkatan sosioekonomi melalui koperasi.

“Diperingkat ADUN, kita telah merancang pelbagai idea untuk membangunkan sosioekonomi masyarakat setempat, tapi ada kekangan termasuklah dari segi peruntukan.

“Oleh itu, melalui Ahli parlimen yang kita lantik dari blok kerajaan, kita boleh memohon kepada ahli Parlimen untuk mendapatkan lebih banyak peruntukan bagi menjalankan idea-idea pembangunan sosioekonomi masyarakat,” katanya. – SABAH MEDIA/EAW

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya