PRU15 : Politik stabil untuk tarik pelaburan ke Sabah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:58 Second

PUTATAN: Kestabilan politik menyumbang kepada tarikan para pelabur untuk melakukan pelaburan mapan ke negeri ini.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, suatu perancangan berkesan memerlukan sebuah intitusi yang stabil dan makmur untuk pelaksanaan pelan jangka pendek atau panjang secara dominan.

Jelasnya, limpahan ekonomi itu perlu dititikberatkan untuk rakyat menikmati segala aspek pembangunan semasa, sosio dan juga peningkatan pendapatan seisi keluarga.

“Apabila politik stabil, maka pelabur-pelabur dalam negara dan luar negara mahu melabur ke negeri.

“Kita akan dapat mewujudkan peluangan pekerjaan dan mendapat limpahan ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan sesi walkabout bersama penduduk setempat dan peniaga di Pekan Taman Jumbo dan Sabindo, hari ini.

Sejajar dengan manifesto BN, aspek pembangunan amat dititikberatkan dalam memastikan ekonomi negara terus berada di landasan tepat.

Mengulas mengenai momentumnya pada tempoh berkempen hari ini, Shahelmey berkata, pihaknya optimis dengan perjalanan kempen dari masyarakat setempat dan dikalangan belia muda mudi.

“Ramai dikalangan masyarakat amat positif dan maklum balas ada yang amat merindui sentuhan BN.

“Meskipun optimis untuk terus memenangi hati pengundi di Putatan, tapi kita jangan sesekali leka dan terus berusaha keras memenangi hati pengundi pada baki tempoh berkempen, ” katanya. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *