HomeUtamaPHRS ajak pengundi Kalabakan sokong calon BN

PHRS ajak pengundi Kalabakan sokong calon BN

Read Time:1 Minute, 1 Second

KALABAKAN: Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Tan Sri Liew Yun Fah mengajak pengundi Parlimen Kalabakan memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Andi Muhamad Suryady Bandy.

Menurutnya, sokongan itu penting bagi membolehkan kawasan Kalabakan yang masih jauh ketinggalan dari segi pembangunan dan kemudahan asas berbanding tempat lain di negara ini dapat dimajukan selayaknya.

“Kebanyakan jalan di Kalabakan, Felda Umas dan kawasan Merotai rosak teruk dan telah sekian lama tidak diperbaiki kerana kawasan ini di bawah pembangkang,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Bola Tampar Terbuka Lelaki dan Wanita anjuran Kg. Melati Burut, Merotai Besar, sini.

Menurutnya, rakyat Kalabakan perlu melihat dan berfikir mengenai pembangunan di Kalabakan sebelum memutuskan untuk memberi undi kepada mana-mana calon yang bertanding di kawasan itu.

“Rakyat perlu mengetahui bahawa dana pembangunan bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) adalah terhad jika dibandingkan dengan dana parlimen.

“Seorang ahli parlimen akan diperuntukkan lebih banyak dana bagi membangunkan kawasan parlimen mereka,” katanya.

Dalam pada itu Liew yang juga bekas Adun Merotai berkata, sepanjang beliau meneraju kawasan itu pelbagai pembangunan telah dibawa dan berharap kawasan Kalabakan akan terus cemerlang di bawah pimpinan pemimpin muda.

PHRS antara parti tempatan yang memberi sokongan kepada kerajaan BN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya