HomeUtama35 agensi Kerajaan Negeri terima anugerah penarafan lima bintang SM2

35 agensi Kerajaan Negeri terima anugerah penarafan lima bintang SM2

Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 35 agensi Kerajaan Negeri menerima Anugerah Penarafan Lima Bintang Sistem Manusia (SM2) bagi lapan kluster.

Majlis penganugerahan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) itu disempurnakan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai.

Agensi yang menerima anugerah itu telah mencapai markah keseluruhan sebanyak 95 peratus ke atas selain turut diadakan penyampaian Anugerah Pengurus Sumber Manusia Cemerlang (Pengurusan SM2) tahun 2022 yang diadakan buat pertama kali.

Anugerah diberikan kepada kakitangan Jabatan Perhutanan Sabah, Norisah Saiman atas perkhidmatan cemerlang dalam pengendalian dan pengurusan SM2 serta memastikan pengemaskinian maklumat pada tahap tertinggi termasuklah ketepatan data dalam sistem tersebut.

Terdahulu, majlis ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan sejak tahun 2019 sebagai platform untuk mengiktiraf kecemerlangan dan menghargai usaha, komitmen dan iltizam tidak berbelah bagi warga kerja yang diketuai oleh Chief Human Resource Officer (CHr.O).

Tahun ini, semua agensi diukur mengikut empat kriteria iaitu Data Perjawatan (20 peratus), Data Maklumat Penjawat (20 peratus), Data Prestasi (30 peratus), dan Ketepatan Data (30 peratus), berbanding tiga kriteria pada tahun sebelumnya.- SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Tindakan tegas jika tidak senonoh ketika sambutan Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya