HomeUtamaPRU15 : SPR keluarkan 365,686 kertas undi pos kepada yang layak

PRU15 : SPR keluarkan 365,686 kertas undi pos kepada yang layak

Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak 365,686 kertas undi pos telah dikeluarkan kepada yang berhak untuk mengundi secara pos seperti yang diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Bugaya di Sabah.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, pengeluaran kertas undi pos bermula pada 7 November oleh Petugas Pilihan Raya di kesemua 222 kawasan Parlimen dan 117 Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kesemua 365,686 kertas undi pos tersebut terdiri daripada 299,097 kategori Borang 1A (Petugas Pilihan Raya, Ahli/Pegawai SPR, Anggota Polis, Tenteran dan Petugas Media).

“Sebanyak 48,109 undi pos bagi kategori Borang 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara), 15,739 kategori Borang 1C (Agensi dan Organisasi) serta 2,741 Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Ikmalrudin berkata, proses pengeluaran kertas undi ini dijalankan dengan kehadiran ejen undi pos daripada semua calon yang bertanding.

Katanya, SPR mengingatkan kepada semua pengundi pos supaya membuat penandaan pada kertas undi, mengisi dengan lengkap dan betul borang Pengisytiharan Identiti (Borang 2).

“Selepas itu ianya boleh dikembalikan kepada Pegawai Pengurus berkenaan sebelum jam 5 petang pada Hari Mengundi iaitu pada 19 November iaitu Sabtu ini.

“Pengundi juga diingatkan agar sentiasa menjaga kerahsiaan undi masing-masing dengan tidak merakam gambar kertas undi pos dan menularkannya di laman media sosial,” katanya. – SABAH MEDIA/EAW

RELATED ARTICLES
Utama

MUIS serah sumbangan kepada 16 KIR terjejas kebakaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular