HomeUtamaSabah komited, konsisten mendukung agenda KPM perkasa STEM

Sabah komited, konsisten mendukung agenda KPM perkasa STEM

Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri sentiasa komited dan konsisten dalam mendukung agenda Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memperkasa komponen Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pelan Pembangunan Malaysia.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan berkata, pihaknya percaya KPM mempunyai keupayaan untuk berperanan sebagai rakan sinergi yang kompeten dalam konteks tersebut.

Katanya, ia menerusi kepakaran yang dimiliki guru-guru di sekolah dalam lapangan kejuruan seperti kejuruteraan, Sains dan teknologi.

“Justeru, pelbagai inisiatif telah, sedang dan akan dilaksanakan bagi membantu sekolah-sekolah rendah dan menengah khususnya di Sabah, untuk menyuntik minat, membangunkan potensi dan memperkasa daya saing para pelajar dalam subjek-subjek berkaitan STEM.

“Kita sedia maklum Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) telah lama berhubung erat secara strategik dalam pelbagai perkara.

“Karnival STEM ini pada hemat saya merupakan sebahagian daripada Manifestasi komitmen kedua-dua pihak untuk mengekalkan hubungan erat tersebut dan pada masa yang sama, aktif meneroka peluang untuk memperluas skop kerjasama yang sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan karnival STEM peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Kinabalu di sini semalam.

Yakub berkata, pihaknya juga berbangga dengan penganjuran progrma itu yang telah berjaya menarik penyertaan individu daripada pelbagai peringkat umur dan kepelbagaian latar usia peserta.

Katanya, ia juga telah membuktikan bahawa program-program berkaitan Pendidikan STEM sebenarnya mampu menembusi pelbagai kumpulan sasar sekiranya semua pihak kreatif menstruktur aktiviti tersebut secara interaktif dan non-conventional.

“Maka, cabarannya kini ialah untuk kita sama-sama memikirkan bentuk, sifat dan rupa program berkaitan STEM yang sesuai dan lestari bagi kumpulan-kumpulan sasar yang khusus dengan kaedah penyampaian yang mudah difahami serta konsep saintifik yang praktikal.

“Pendekatan sedemikian bukan sahaja signifikan dalam konteks menarik minat anak-anak didik kita untuk meneroka peluang pendidikan dan menceburi bidang pekerjaan berkaitan STEM, tetapi turut kritikal dalam menyedarkan golongan ibu bapa dan penjaga untuk memberi dorongan dan galakan berterusan kepada anak-anak  mereka,” katanya. – SABAH MEDIA/EAW

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya