PRU15: Penggunaan telefon bimbit di tempat mengundi tidak dibenarkan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:48 Second

KOTA KINABALU : Penggunaan telefon bimbit di tempat mengundi (saluran) adalah tidak dibenarkan dan perlu diletakkan di tempat yang telah disediakan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia dalam satu kenyataan berkata, telefon bimbit perlu diletakkan di tempat yang disediakan setelah menerima kertas undi dan mengambilnya semula setelah selesai mengundi.

Menurut kenyataan itu, notis atau poster larangan penggunaan telefon bimbit akan diletakkan di luar dan di dalam tempat mengundi.

“Pelaksanaan tatacara pengundian yang baru ini bolehlah dirujuk menerusi poster Tatacara 10 Langkah Pengundian yang menjelaskan pengundian sepenuhnya.

“Maklumat lanjut berkenaan tatacara ini juga telah dimuatnaik di laman media sosial Facebook, Instagram dan Twitter SPR,” menurut kenyataan itu.

SPR berkata, adalah menjadi tanggungjawab mana-mana orang yang dibenarkan hadir dalam mana-mana urusan berkaitan untuk memelihara kerahsiaan maklumat pengundian dalam pilihan raya sebagai mana termaktub di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Sehubungan itu, SPR menyeru kesemua pengundi untuk mematuhi langkah-langkah pengundian yang telah ditetapkan ini ketika berada di tempat mengundi. – SABAH MEDIA/EAW

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *