Sabah FC tetap pamer semangat juang tinggi

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU: Sabah FC tetap menunjukkan semangat juang tinggi meskipun bermain tanpa lapan tonggak utama dalam perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) FC pada saingan separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Likas di sini malam tadi.

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata, para pemain juga telah memberikan saingan sengit kepada pasukan lawan namun kehilangan sedikit fokus menyebabkan pasukannya dibolosi dengan satu gol.

“Pada malam ini (semalam) ia adalah satu perlawananyang agak tegang dimana kita tahun ini merupakan satu perlawana separuh akhir, sudah tentu pasukan Sabah yang bermain di tempat sendiri pada perlawanan terkahir musim ini.

“Namun apa yang penting sekarang, kita perlu kembali fokus untuk 90 minit perlawanan dengan ketinggalan 1-0 bukan satu jarak yang jauh untuk kita kembali dan 90 minit atau 120 minit nanti di Johor sudah pasti apa pun boleh berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas tamat perlawanan di sini semalam.

Kim Swee berkata, beberapa pemain muda yang diturunkan telah menunjukkan sikap positif dan tidak takut untuk beraksi pada perlawanan besar.

Katanya, ini akan memberi banyak kelebihan kepada para pemain muda pada musim akan datang untuk terus melalui intensiti perlawanan seperti semalam.

Terdahulu, pada perlawanan itu JDT hanya membawa bekalan satu gol dengan perlawanan yang sengit dan agak panas.

Perlawanan itu juga menyaksikan beberapa pergaduhan dapat disaksikan sepanjang tempoh 90 minit permainan dengan satu kad merah dilayangkan kepada JDT oleh pengadil, Razlan Joffri Ali.

Penjaga gawang Sabah FC, Damien Lim menjadi pemain paling sibuk pada babak pertama selepas cemerlang menafikan beberapa peluang terbaik JDT yang bermula seawal minit ketiga menerusi Bergson da Silva dan minit ke-26 selain percubaan Arif Aiman Hanapi (minit ke-14).

Gol JDT hadir pada minit ke-33 menerusi Arif Aiman yang sempat ‘bergelek’ melepasi kawalan pertahanan Sabah FC sebelum melepaskan ledakan jauh yang menewaskan Damien untuk gol pertama pelawat.

Sabah FC bakal bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim Ahad ini bagi meneruskan saingan separuh akhir kedua Piala Malaysia. – SABAH MEDIA/EAW

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *