Calon BN Suhaimi komited bantu selesai isu kesesakan lalu lintas di Tinusa 2

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 0 Second

SANDAKAN : Calon Barisan Nasional (BN) Libaran, Datuk Suhaimi Nasir komited menyelesaikan isu kesesakan lalu lintas yang selama ini membelenggu penduduk Kampung Tinusa 2, di sini.

Beliau sedia membawa cadangan penduduk yang mahu laluan alternatif dibina diantara kampung itu ke Taman Harmoni, Batu 3 ke peringkat persekutuan sekiranya kerajaan sedia ada kekal memerintah negara.

“Kita perlukan mandat daripada semua agar suara lebih 10,000 penduduk Tinusa 2 yang mahu jalan raya dan jambatan dibina sebagai lalulan alternatif dapat dibawa untuk perhatian kerajaan.

“Usaha membangunkan perkampungan atas air ini akan diteruskan bagi menjamin kesejahteraan penduduk seiring pembangunan negeri,” katanya ketika sesi kempen di Kampung Tinusa 2, di sini semalam.

Jelas Suhaimi, kampung itu telah menikmati pelbagai limpahan pembangunan seperti pembinaan masjid dan penaiktaraf jambatan.

Bagaimanapun, tidak dinafikan masih ada ruang untuk menambahbaik tahap prasarana yang ada agar penduduk Tinusa 2 secara keseluruhannya mendapat manfaat.

Sehubungan itu, beliau berazam mahu menjadikan kampung yang mempunyai lebih 1,000 lot rumah itu lebih tersusun dan bersih sekiranya diberi kepercayaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 ini.

Dalam siri kempen dari rumah ke rumah itu, Suhaimi meluangkan masa beramah mesra dan mendengar luahan penduduk kampung.

Beliau juga sempat menziarahi penduduk kampung yang terlantar sakit dan warga emas.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *