HomeUtamaSukar untuk tentukan siapa calon menang di Parlimen Kalabakan - Dr Amrullah

Sukar untuk tentukan siapa calon menang di Parlimen Kalabakan – Dr Amrullah

Read Time:1 Minute, 4 Second

KALABAKAN: Sukar menentukan siapa calon yang mempunyai peluang tinggi untuk menang bagi kerusi Parlimen Kalabakan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini.

Penyelidik Borneo-Geo-Politics and Electoral Studies (GeoPES), Universiti Malaysia Sabah, Dr Amrullah Maraining berkata, semua calon bertanding mempunyai peluang untuk menang di kawasan itu.

Menurutnya, sehingga masa ini masih tidak jelas kerusi itu bakal diduduki calon dari parti mana kerana berlaku persaingan sengit antara UMNO-BN, Warisan dan Pakatan Harapan (PH).

“Masing-masing parti mempunyai kekuatan iaitu UMNO-BN dengan ‘track record’ yang jelas di peringkat nasional, Warisan dengan pengaruhnya sebagai pemegang kerusi pada PRU14 lalu masih kuat.

“PH dengan pengaruh mantan Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Abd Ghapur Salleh yang memegang kerusi itu selama lima penggal mempunyai kelebihan dari aspek akar umbi,” katanya ketika dihubungi.

Dr Amrullah berkata, kemenangan calon di Parlimen kalabakan sebenarnya sangat bergantung dengan cara kempen setiap parti untuk menarik perhatian pengundi umur 18-20 dan 21-29 yang berjumlah 29,148 pemilih.

“Jumlah ini tentunya mampu memberi pengaruh yang besar dan mampu mengubah lanskap politik Kalabakan,” katanya.

Parlimen Kalabakan menghadapi persaingan lima penjuru iaitu Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy (Umno-BN), Ma’mun Sulaiman (Warisan), Noraini Abd Ghapur (PH) dan dua lagi calon Nur Aini Abd Rahman (Pejuang) serta seorang calon Bebas, Muhammad Dhiauddi N. Hassan.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular