HomeUtamaLebih 60.69 peratus keluar mengundi di Sabah

Lebih 60.69 peratus keluar mengundi di Sabah

Read Time:55 Second

KOTA KINABALU : Peratusan keluar mengundi bagi negeri Sabah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sehingga jam 5.30 petang hari ini adalah 60.69 peratus.

Ini bermakna lebih 1.02 juta pengundi telah membuang undi setakat ini dengan pengundian dijadualkan berakhir jam 5.30 petang ini di Sabah.

Jumlah ini turut dipaparkan menerusi sistem peratus pengundi keluar mengundi yang disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

Antara calon yang terawal keluar mengundi ialah calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd. Ali yang membuang undi di saluran 4, SMK Pengalat, Papar, pada jam 8.30 pagi, ditemani oleh isteri, Datin Dr. Rafidah Salleh.

Sementara di Putatan, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Putatan, Datuk Ir. Shahelmey Yahya membuang undi di saluran 3 di SMK Putatan, bersama isteri, Datin Dayang Siti Noor Hayyat juga pada jam 8:30 pagi.

Dijangka sebanyak 21,173,638 rakyat Malaysia mengundi hari ini dalam PRU15 bagi menentukan parti atau gabungan yang mendapat mandat membentuk kerajaan Persekutuan yang baharu.

Kempen PRU15 yang bermula pada 5 November berakhir tengah malam tadi dengan hari ini ditetapkan hari pengundian di seluruh negara.

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya