Tsai Yiew akan terus beri perkhidmatan kepada rakyat

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU : Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) P.172 Kota Kinabalu, Yee Tsai Yiew akan terus menumpukan perhatian untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat. Menurutnya, beliau menghormati dan menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 dengan baik.

“Saya mohon agar kita teruskan perjuangan, kekalkan perpaduan dan saling hormat menghormati sesama kita. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada penyandang parlimen Kota Kinabalu atas kemenangan beliau dan juga kepada calon-calon lain yang bertanding.

“PRU ini adalah pengalaman yang berharga buat saya dan ingin saya nyatakan bahawa ini hanyalah permulaan perjuangan politik saya. Kedepannya, saya akan teruskan berkhidmat untuk rakyat, ” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Tsai Yiew turut menzahirkan penghargaan kepada pucuk pimpinan, jentera Pilihan Raya Umum, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Polis Diraja Malaysia dan individu yang telah memberikan kepercayaan yang tinggi kepada beliau.

“Saya dengan penuh rendah hati ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pucuk pimpinan parti Gabungan Rakyat Sabah dan semua yang telah bekerja keras dalam membantu saya sepanjang pilihan raya umum ini diadakan.

“Sesungguhnya setiap individu dan ahli jentera telah melakukan yang terbaik namun kemenangan tidak menyebelahi kita. Segala pengorbanan dan komitmen anda saya hargai,” katanya.

Tsai Yiew turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Kota Kinabalu yang telah turun memberikan sokongan undi kepada beliau.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *