HomeUtamaPRU15 : Jahid tunai tanggungjawab sebagai pengundi

PRU15 : Jahid tunai tanggungjawab sebagai pengundi

Read Time:31 Second

TAMPARULI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim, tidak melepaskan tanggungjawab kepada negara apabila tiba di pusat pembuangan undi di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa Tamparuli, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, merupakan antara pemimpin paling awal tiba di pusat pembuangan undi tersebut.

Jahid, 63, berkata, beliau juga sangat teruja untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sungguh pun keadaan beliau belum sihat sepenuhnya, Jahid tetap hadir ditemani isteri, Datin Malianah Ugau dan pengawal peribadi beliau.

“Semoga perjalanan proses pengundian di seluruh Sabah terutamanya di kawasan Tuaran berjalan lancar dan dipermudahkan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Ibu maut, anak parah dirempuh keretapi semasa lintas landasan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular