HomeUtamaPRU15: Ronald Kiandee pertahan kerusi Parlimen Beluran

PRU15: Ronald Kiandee pertahan kerusi Parlimen Beluran

Read Time:1 Minute, 15 Second

BELURAN- Bekas penyandang kerusi Parlimen Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU15). 

Beliau memenangi dengan jumlah 11,303 undi di Dewan Serbaguna Beluran malam ini. 

Ronald Kiandee menang dengan majoriti sebanyak 1,594 undi. 

Beliau yang mewakili Perikatan Nasional itu menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Benedict Aswat (9,709 undi), calon Pakatan Harapan daripada Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Felix Joseph Saang (4,460 undi). 

Selain itu, dua lagi calon iaitu Rowiena Rasid daripada Parti Warisan (WARISAN), memperolehi 3,707 undi manakala, Hausing Samsudin @ Sudin (Pejuang) mendapat sebanyak 155 undi. 

Pengumuman itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Beluran, Roger Appolonius dan sebanyak 115 jumlah peti undi yang diterima di Pusat Penjumlahan rasmi undi malam ini. 

Beliau memaklumkan, sebanyak 534 undi yang ditolak. 

Roger menjelaskan, sebanyak 66.96 peratus pengundi. 

Kerusi Parlimen Beluran menyaksikan pertandingan lima penjuru dengan calon lain ialah Rowiena Rasid daripada Parti Warisan (WARISAN), Hausing Samsudin @ Sudin (Pejuang) dan mewakili Pakatan Harapan.

Beliau yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) itu berikutan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin BN mencalonkan bekas Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Benedict Asmat bagi membawa cabaran gabungan itu di kerusi berkenaan.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Ronald Kiandee menang bergaya dengan majoriti 7,115 menewaskan lima calon masing-masing daripada Parti Warisan, Harapan Rakyat, Parti Cinta Sabah, PPRS dan calon Bebas.

Terdahulu, Ronald menjadi penyandang kerusi berkenaan sejak tahun 1999.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular