HomeUtamaPRU15: Keputusan rasmi tangguh, tiga peti undi lewat sampai akibat banjir

PRU15: Keputusan rasmi tangguh, tiga peti undi lewat sampai akibat banjir

Read Time:50 Second

KOTA MARUDU: Keputusan rasmi bagi kerusi P168 Kota Marudu terpaksa ditangguh akibat kelewatan tiba tiga peti undi dari Pusat Daerah Mengundi Sungai Magandai, di sini.

Salah seorang petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberitahu Sabah Media hari ini kelewatan tersebut berpunca daripada keadaan banjir di kawasan perbukitan tersebut, dan hanya boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda.

“Kami difahamkan kenderaan pacuan empat roda yang dihantar untuk mengambil peti undi tersebut tidak dapat menyeberangi sungai akibat banjir.

“Pihak kami telah menghantar ‘rescue car’ (kereta penyelamat) untuk mengambil ketiga-tiga peti undi tersebut.

“Bagaimanapun menurut maklumat, jalan juga tidak dapat dilalui akibat tanah runtuh, jadi kami terpaksa mencari alternatif lain, kemungkinan mengunakan perkhidmatan helikopter,” katanya.

Keputusan rasmi bagi kerusi parlimen ini dijangka diumumkan seawal jam 6 pagi.

Setakat ini, keputusan tidak rasmi berpihak kepada calon Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM) Datuk Wetrom Bahanda yang memperolehi 24,139 undi, dengan lebihan majoriti 8,149 undi berbanding pencabar utama beliau, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS) 15, 990 undi.

RELATED ARTICLES
Utama

Elak motosikal keluar simpang, pemandu Toyota Hilux hilang kawalan langgar 5...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular