HomeUtamaKemenangan di Beluran, bukti rakyat bijak memilih - Ronald

Kemenangan di Beluran, bukti rakyat bijak memilih – Ronald

Read Time:1 Minute, 41 Second

BELURAN : Kemenangan Perikatan Nasional (PN) yang menjadi calon tunggal bertanding di Sabah merupakan satu kejayaan yang amat bermakna Dan ia membuktikan rakyat khususnya di Parlimen Beluran bijak memilih dan memastikan kesinambungan wakil rakyat mereka untuk tempoh lima tahun akan datang.

Justeru, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang menang dengan majoriti sebanyak 1,594 undi berkata, beliau akan memastikan hasrat mereka ini tidak akan disia-siakan dan akan terus memberi sumbangan khidmat yang termampu bagi membawa aspirasi mereka, termasuk aspirasi anak-anak muda Beluran yang telah diluahkan oleh mereka sepanjang tempoh kempen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) untuk direalisasikan.

Beliau yang mewakili PN menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Benedict Aswat (9,709 undi), calon Pakatan Harapan daripada Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Felix Joseph Saang (4,460 undi).

Dua lagi calon iaitu Rowiena Rasid daripada Parti Warisan (WARISAN), memperolehi 3,707 undi manakala, Hausing Samsudin @ Sudin (Pejuang) mendapat sebanyak 155 undi.

“Saya menghargai sumbangan dan sokongan yang ditunjukkan oleh anak-anak muda Beluran dan tentu sekali akan dijadikan sebagai pendorong bagi saya untuk terus membuat engagement dengan mereka agar kehendak dan aspirasi mereka dapat diambil peduli oleh kerajaan bagi tempoh lima tahun akan datang ini.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi-pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab mereka pada hari ini.

“Saya menghargai sokongan semua, termasuk mereka yang tidak menyatakan sokongan melalui kertas undi, tetapi saya yakin saya akan menjadi wakil rakyat kepada semua samada menyokong saya pada Pilihan raya ini atau pun tidak, tetapi mereka merupakan rakyat Beluran yang perlu saya tangani secara efektif dan adil,” katanya ketika ditemui media selepas pengumuman keputusan calon Parlimen Beluran di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Beluran di sini.

Ronald yang juga Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata, ini merupakan kemenangan keenamnya dan tentu sekali proses untuk membuat perubahan akan terus dirancakkan agar masalah yang dihadapi oleh penduduk Malaysia yang berada di parlimen Beluran akan mendapat perhatian secara dekat oleh kerajaan agar kehendak rakyat Malaysia yang berada di Beluran ini dapat ditangani oleh kerajaan secara berkesan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Agong, Raja Permaisuri ucap Selamat Hari Krismas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular