HomeUtamaPRU15: Calon GRS Ranau menang majoriti 11,092

PRU15: Calon GRS Ranau menang majoriti 11,092

Read Time:2 Minute, 14 Second

RANAU: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Jonathan, 55, berjaya mengekalkan jawatan yang pernah disandangnya sebagai Ahli Parlimen Ranau, setelah berjaya meraih  22,606 undi dengan majoriti 11,092  pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang berlangsung semalam (19 November).

Parlimen Ranau menyaksikan 54 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di mana 53 PDM telah dimenangi Jonathan. Manakala terdapat 149 saluran pengundian dengan jumlah 66,517 pengundi mengikut daftar terkini.

Datuk Jonathan yang juga mantan Timbalan Menteri Dalam Negeri II, telah mengundi di SK.Kilimu Ranau, menewaskan empat calon yang turut bertanding iaitu, Pakatan Harapan, Thaufek Dahlan (11,574 undi), Datuk Ewon Ebin (PBRS) 4,254, Markos Situn (Warisan) 2,657 dan Julairin (Pejuang)1,267 undi.

Keputusan rasmi telah diumumkan oleh Pengurus Pilihan Raya P.179 Ranau, bagi pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jumain Abdul Ghani di Dewan Masyarakat Ranau (Dewan Penjumlahan Undi).

Jonathan (tengah baju putih) bergambar bersama petugas SPR selepas pengumuman keputusan PRU15.

Dalam pada itu, Jonathan turut merakam penghargaan dan terima kasih kepada semua petugas jentera Pilihanraya, PDRM, RELA, Ketua-Ketua PDM dan semua petugas markas kerana telah bekerja keras menjalankan tugas masing-masing dengan cemerlang.

“Dengan adanya kerjasama padu dari mereka semua PRU15 di Parlimen Ranau telah berjalan lancar, teratur dan aman dan tiada insiden-insiden yang tidak diingini berlaku.

“Dengan keputusan ini kita melihat bahawa penduduk Ranau memberi sokongan yang begitu nyata dengan majoriti yang besar dan jelas mereka mahu kita meneruskan usaha untuk memajukan kawasan ini,” jelas Datuk Jonathan ketika ditemui sejurus diumumkan sebagai pemenang calon Parlimen Ranau pada PRU15 malam tadi.

“Terima kasih yang istimewa kepada pengundi dan seluruh jentera pilihanraya GRS, komponen-komponen parti serta mereka yang bertungkus lumus dalam memastikan kemenangan saya kali ini. Saya amat menghargai usaha mereka semua.

“Saya bertekad untuk bekerja lebih keras dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam daerah Ranau.

“Saya ambil keputusan daripada sokongan penduduk ini dan akan berusaha dengan lebih keras lagi suaya banyak lagi pembangunan yang akan dibawa ke daerah Ranau.

“Kita juga akan melihat pelbagai aspek tentang bagaimana kita dapat membangunkan lagi daerah Ranau serta penduduknya dalam pelbagai bentuk dan sektor”, katanya.

Beliau berkata banyak lagi peluang-peluang yang boleh diwujudkan dalam daerah Ranau selain daripada sektor pelancongan.

“Salah satunya ialah dalam bidang industri, namun mengambil kira bahawa Ranau adalah daerah pelancongan, kita akan pastikan apa-apa usaha lain yang dijalankan tidak menjejaskan keindahan alam terutama sekali keatas flora dan fauna”, tegasnya.

Apa yang penting katanya ialah, menjaga sektor pelancongan dan mesti ada keseimbangan antara satu dan yang lain.

Jonathan berkata beliau juga akan memberikan perhatian kepada golongan tani serta sektor pertanian dengan menumpukan perhatian kepada tanaman-tanaman yang berpotensi seperti sacha inchi dan durian.

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya