HomeUtamaPRU15: Calon GRS Matbali menang Parlimen Sipitang majoriti 4,691 undi

PRU15: Calon GRS Matbali menang Parlimen Sipitang majoriti 4,691 undi

Read Time:1 Minute, 1 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Matbali Musah memenangi kerusi Parlimen Sipitang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada Sabtu dengan majoriti sebanyak 4,691 undi.

Matbali berjaya memperolehi sebanyak 14,459 undi menewaskan Adnan Okk Puteh dari Parti Warisan dengan 9,768 undi dan Lahirul Latigu Pakatan Harapan (PH) 4,834 undi.

“Alhamdulillah selaku calon GRS, saya telah memenangi PRU15 bagi Parlimen Sipitang, kemenangan saya sebagai satu tanggungjawab dan amanah yang saya galas dan pikul supaya parlimen Sipitang, inshaAllah tidak akan ketinggalan dalam arus pembangunan,” kata Matbali semasa ditemui media selepas diumumkan menang kerusi parlimen itu.

Beliau turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pengundi-pengundi kawasan Parlimen Sipitang yang telah memberikan mandat kepada beliau sebagai Ahli Parlimen Sipitang.

“Ini merupakan sokongan yang terbaik supaya dapat memastikan kesinambungan kepimpinan mantan yang lepas, inshaAllah saya akan berganding bahu dengan kedua wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin dan Lumadan di kawasan parlimen ini untuk memastikan dan memajukan pembangunan di kawasan ini,” katanya.

Beliau juga telah menjangkakan kemenangannya di kawasan parlimen itu kerana dengan adanya momentum dan sokongan padu dari akar umbi serta rakyat di Parlimen Sipitang, ia telah menterjemahkan beliau menjadi ahli parlimen atau wakil rakyat mereka.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya