HomeUtamaPenggunaan teknologi, Inovasi mampu selesaikan masalah yang dihadapi di negeri ini

Penggunaan teknologi, Inovasi mampu selesaikan masalah yang dihadapi di negeri ini

Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU : Penggunaan teknologi selain pendekatan inovasi dikalangan masyarakat dalam aktiviti harian diyakini mampu menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi di negeri ini.

Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI), Datuk Zainudin Aman berkata, negeri ini dilihat mempunyai pelbagai cabaran berbeza berbanding negeri-negeri lain yang memerlukan penyelesaian berlainan.

“Atas sebab itu jugalah kita ingin melihat bagaimana penggunaan teknologi dan pendekatan inovasi dapat menyelesaikan masalah-masalah kita di Sabah.

“Ia tidak mustahil tetapi hanya dapat dilakukan dengan kerjasama semua pihak,” katanya dalam satu kenyataan media berhubung inisiatif kerajaan dalam penganjuran tiga hari Borneo Tech Summit yang bermula di sini semalam.

Katanya, untuk menutup jurang teknologi di Sabah, program pembangunan kapasiti modal insan perlu sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa dengan lebih organik dan bukan ‘one-time off’.

Sementara itu, Zainudin berkata Borneo Tech Summit adalah program tambahan kepada program sebelum ini yang telah dibuat contohnya Sandbox, Animasi Toon Boom, STEM, Makerspace Day dan banyak lagi.

“Kita juga menjemput pakar industri dari Semenanjung, Sarawak dan negara jiran, Filipina untuk memberi perkongsian terkini mengenai perkembangan teknologi dan bagaimana Sabah dapat menggunakan manfaat perkongsian ini dengan sebaiknya.

“KSTI mengharapkan agar ‘startup’ kita mengambil peluang dari Borneo Tech Summit ini sebaik mungkin untuk bukan sahaja belajar dan menimba ilmu baharu tetapi membina jaringan kolaborasi bersama ‘startup’ yang lain.

“Kita berharap agar Sabah dapat mengeluarkan sebanyak mungkin ‘startup’ dan di samping itu kita akan menyediakan program yang dapat membantu perjalanan startup mereka,” katanya.

Terdahulu, sidang kemuncak itu turut menyaksikan pemeteraian tiga Memorandum Persefahaman antara KSTI dan Akademi AirAsia; KSTI dan Mereka Innovative Education Sdn Bhd; serta Farm Tokou dan MSD Innovation. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Hentikan fitnah, Musa Aman pilihan tepat sebagai TYT Sabah – Yahya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular